Sunday 23 February 2014

Blog Istimewa dan Jejaka kutemui .. ❤

Assalamualaikum ..
Nak cerita mengenai suatu blog yang popular yang membawa cerita baharu mengenai Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu .. Blog tersebut memang gempak dek karna pembaca-pembaca blog tersebut tidak jemu membacanya. Blog tersebut yang bernama Hanya Dia Jep Sepahtu yang dikendali oleh Akak Azura Nadzri dan juga Admin kepada Jep FC iaitu Sayap Nadzri. Blog tersebut adakalanya luahan daripada Akak Azura sendiri tentang perkara-perkara yang tak sepatutnya terjadi. Suatu yang tak dijangka berlaku dia adalah tunang Jep Sepahtu .. Perkara tersebut memang tidak benar sekali. Ini semua salah Gua Dot Com yang kehilangan idea. Hang ingat dia takdak perasan .. Dia hanya peminat seperti orang lain .. nampak ja rapat bila bergambar ada la cerita tak muhasabah yang dikeluarnya. Kesian dia sampai dikecam habis di Instagram. Tengok sekarang ni takdak update la kat Instagram dia dah delete. Hanya Dia Jep Sepahtu ja ada sekarang ni. Berharap dia tak delete blog tersebut ..  Jikalau aku di tempat dia kesabaran memang dah takdak lagi. Aku tahu tentang blog dia karna Jeppers, Sepahturious yang bagi link web tersebut sebelum tu hanya share kat wall facebook tapi private kan .. Seriously memang seronok baca di blognya sampaikan aku dah malas nak update blog aku ni. Buat Akak Azura tabahkanlah hati mu .. teruskan penjuanganmu .. teruskanlah bersabar dengan semua dugaan ini .. Allah sayang hambanya yang bersabar .. Sayang Akak Azura ❤ ( Betol ke tidak BM aku ni? ) 🙍

Ehem .. Ehem .. ~ ~ ~ 💑
Gambar siapa la kat atas tu kan? Dia adalah Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep Sepahtu. Pasaipa aku nak cerita pasal dia? kerana dia yang mengberhentikan aku daripada mengukai kpop. Bila? 1 November 2013 .. Pada tarikh tersebut ramai yang tahu bahawa pentas akhir Super Spotan 2013 akan berada di Sungai Petani, Kedah .. ( Aku buat bodoh je masa tu kalau tidak dah boleh jumpa dia ) Redha. Tapi masa tu dah nak dekat Exam SPM jadi tak dapat nak pergi kena ulangkaji pelajaran. Tak mengapa insyaallah one day we will meet ..
Kenapa aku suka dia sampai aku tak suka kpop buat masa la ni? kerana dia .. Dia seorang menghormati wanita, humble, mementingkan keluarga dia kampung dan banyak lagi. Test aku suka tinggi-tinggi ja contoh ada macam Lee KwangSoo si girafah kalau tak tau tengok Running Man yang tinggi tu dia la. Jep ni pun tinggi. Gempak la test aku 💖 .. Dia berasal dari Kulai, Johor Bahru. Johor beb! kalau aku jadi isteri dia tiap-tiap hari ajak dia pergi Legoland :p .. kan? hehehe .. 4:22 pagi .. 24/2/2014

Changed Blog!!

Assalamualaikum ..
Lama aku tinggal blog aku .. berabuk beb! Ye la kan aku bukan suka sangat update-update ni seorang pemalas kalau ada news pon bukan tulis kat sini, tulis kat diari nuh. Okay, Dah changed gambar background dengan satu lagi ape ntah. Mulalah tulis blog mengenai sesuatu yang istimewa. Tapi kan kat blog aku ni tak la ramai tak la popular macam blog-blog lain. Inshaallah blog ni akan bangkit macam blog-blog lain. Bye-bye .. Night ~ 😺